Monday, November 10, 2008

Puteriku Menari

Sabtu yang lepas seawal 6am aku kejutkan puteri2ku untuk bangun bersiap ke tadika (itu pun selepas 10 miss call dari xyl's) untuk hari penyampaian hadiah..sambil mandikan puteri2ku, aku tayakan mereka.."kakak nanti dapat hadiah tak? pantas faqihah menjawabnya...ada..ada 2, lalu disambung pulak oleh faiqhain..cikgu cakap seorang dapat 2 hadiah..DD". Aku diamkan sahaja jawapan mereka.

Setelah siap aku bergegas ke tadika...pagi nie aku hantar dgn berjalan kaki jer (selalu naik kereta terus cabut pergi kerja)..sebenarnya tadika tu belakang blok umah je..sambil puteri2ku menbawa persalinan pakaian sekolah & tarian mereka. ketika itu aku terfikir pulak kenapa puteri2ku ini bawa pakaian tarian mereka..lalu aku tayakan..dgn selamberger faiqhain jwb.. "nak menarilah DD"(aku senyum dgn blurrr). Ketika sampai ditadika aku tenguk sudah ramai rakan2 puteri2ku dah sampai...hmmm jam 645am ne..rajin tul cikgu2 & budak2 nie.

Aku bergegas balik sebab faiz tido seorang kat umah..kalau dia terjaga aku takde alamat mahu riuh nanti. Sampai dirumah alhamdullilah faiz masih len
a diulit mimpi2 indah dgn wajah tenang sekali dikatil. Aku pun ambil kesempatan on Echolink...hehehe.

Ok back to topic..setelah aku, lin (yg baru blk keje shift mlm) & faiz
siap kami terus ke tadika..sampai2 jer pengerusi dah selesai ucapan diikuti ucapan ringkas dari wakil pengarah kemas. Untuk info, ini merupakan kali ke-2 aku/DD saksikan persembahan puteri2ku (kakak & ain)..1st di Anggerik Mall S.Alam dimana mereka selaku Johan Tarian Peringkat Daerah Kuala Selangor, bertanding di Peringkat Negeri Selangor dan mendapat tempat ke-3 bagi tarian tradisional tersebut.

Untuk video klik link dibwh:
Part 1
Part 2

atau di sidebar GTR's Video.

Inilah yang aku nak kongsikan bersama dan menjadi kenangan buat puteri2ku. Battery VideoCam tak charge so aku pakai Digital Camera jer...huhu lenguh gak lah. Selesai aku saksikan persembahan puteri2ku dan majlis penyampaian hadiah mereka aku terus blk untuk ke genting, sementara Lin & Faiz tunggu hingga selesai majlis.

Sekian
73 De 9w2gtr



2 comments:

9w2azx said...

"xyl's" ? bila pulak? orang kampung aku baca kalau ada 's kat belakang tu, plural...
kah kah

9W2GTR said...

Alamak...menaip TANPA niat tu bro. Jgn org kpg ko marah lak...hehhe