Tuesday, November 25, 2008

Konvoi Pantai Timur 2008 - Final Part

Wahh aku pun tak sangka leh post review yang panjang macam nie, mungkin disebabkan lama di"MC"kan dari club activity. Pada yang membaca mukadimah jer atau sampai habis ...terima kasih byk. Yang bosan membaca pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog corat coret aku ini. So today let me continue Day 3 or Final Day of these event review.

Day 3: Kota Bharu - Ku
ala Terengganu - Kemaman - Kuantan/Kuala Lumpur

PCB Kota Bharu 17Nov08, 0900 pagi, Disebabkan keletihan "Shopping jiwa" semalam, kebanyakan
members agak lewat bangun dan breakfest. Actually aku pun sama gak..lewat tapi disebabkan aku "solo" tak banyak perlu dikemaskan..bangun, mandi, pek baju terus turun check out & breakfest. Bagi yang bersama family banyak yg perlu diurusankan dan aku paham sgtlah condition mereka ini.

1030 pagi, Suasana dilobby makin meriah dgn ramai member & family telah bersedia utk perjalanan hari ke -3 convoy ini. Selesai semua member breakfest & check out, kami berkumpul utk group photo bersama member convoy...perghhh masa ini longgokkan camera bagaikan lambakan bawang dipasar malam. Beberapa shoot menarik dirakamkan sebagai kenangan & record utk member & club. Selepas itu diadakan taklimat perjalanan & safety breifing. Pagi ini seorang new members dari northern tidak mengikuti convoy kami dan terus balik ke utara.

1100 pagi, Convoy bergerak menuju kedestinasi pertama hari ini ke kuala terengganu. Perjalanan mengikuti jalan persisiran pantai dgn pemandangan yg indah & damai sekali. Kali ini aku mengambil peluang untuk marshal & convoy members mempelajari "high speed convoy" setelah yakin mereka semua telah memahami convoy "rules do & don't". Walaupun agak mencabar bagi marshal utk memastikan laluan convoy kami selamat dgn kelajuan 130-140km/j,kesefahaman & kerjasama dari marshal & convoy member amat baik sekali.Terima kasih juga kepada semua "boggy" yang memberi laluan & kerjasama yang baik sekali.

Kuala Terengganu 0200 petang, Alhamdullilah convoy selamat sampai dgn selamat & bergaya memasuki bandar kuala terengganu. Disebabkan hari ini hari berkerja, jkeadaan traffic agak sibuk dan mungkin juga terpegun melihat convoy kami. Kami tiba dikawasan parking berhampiran dgn bukit puteri, restoran terapung & pasar payang. Eastern reps memperuntukan 2 jam juga utk members mempertingkatkan pula ekonomi peniaga2 negeri terengganu. Maka bermulalah member membawa haluan masing2 dgn langkah yang tersendiri...yang lapar mencari makanan, yang masih ada untung saham tak abis2 meneruskan perjuangan..yang keabisan modal pula nun menyorok dibangku2 taman...hehehe.

0430 petang, Members berkumpul semula diparking utk taklimat perjalanan seterusnya & salam bersurai dgn convoy member dari northern & central...termasuklah aku. Terasa 3 hari bersama convoy members sungguh cepat berlalu. Aku berterima kasih kepada semua marshal & member yang memberikan kepercayaan kpd aku sebagai "Control" sesungguhnya tugasan utk mengetuai semua marshal & convoy members bukannya tugasan yg mudah jika tiada kesefahaman & kerjasama dari semua pihak. Dan aku personally lebih selesa jika mengikut convoy sebagai members dari menjadi marshal. Apa pun harapan & amanah aku cuba laksanakan dgn kemampuan yang ada, jika ada sebarang kesilapan aku mohon kemaafan.

0500 petang, Eastern reps mengetuai convoy balik kekuantan. Kami yang lain meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Jerangau - Jabor utk ke kuala lumpur.Terdapat 3 kereta sahaja dlm perjalanan ini dan kali ini aku menjadi co-pilot utk vernoz disamping kereta Oga/Bojeng & ZulBesi/Lan. Kami berhenti membeli buah tangan seperti keropok lekor di losong sebelum meneruskan perjalanan balik. Perjalanan kami diketuai oleh kereta oga disamping bojeng & lan bertindak sebagai "DJ" convoy yang menceriakan perjalanan. Kami singgah utk supper digenting sempah sebelum bersurai balik kerumah masing2.

Puncak Alam 0100 pagi, Home sweet home...alhamdullilah aku telah selamat sampai. Eastern reps & last car memaklumkan bahawa mereka juga telah selamat sampai di kuantan dlm jam 1130mlm. Syukur alhamdullilah seperti yang didoakan bersama convoy kami "zero accident" dan semua selamat sampai kerumah masing2. Terima kasih sekali lagi kepada semua termasuk merogigian yang tlg fetch aku di LDP.

Kenangan convoy pantai timur aku ini akan menjadi penutup diari event club 2008. Go Eastern Go V-Sixers.

Click here for convoy pictures


Once V-Sixers Always V-Sixers
73 De 9W2GTR - Faizal (1012)
Member 2003 - Present
Secretary 2006 - 2007
President 2007 - 2008

1 comment:

9W2GTR said...

hola jfmarcelo gracias por su visita aquí. agradable ver a sus blogs también ..