Friday, November 28, 2008

A1 GP Malaysia

Well last weekend was quite a busy day for me with few activities such as Servicing Repeater, RAE class & watching A1 GP at Sepang International Circuit. Grab a free ticket from the net and when there with 2 of my motorsport buddy...known as resakse de sniper & jen de merovegetarian.

Reach there about 10min late but that doesn't stop us from staring nice spot for "sniper"ing shot insanity. With my recent track day on last july08, the roaring A1 machines really burning my or should i said our spirit there.

Gripped with the "cheapest" camera in town..therefore pls do not expect much from my lens. I'm just "sniper"ing for the seek of keeping myself busy as to shadows the actually snipper by my side. hehehe


Here i post few of A1 GP action that i manage to capture...it's just for my own photo album & do not flame me on the pic quality ect..
































Results from the feature race in the A1 grand prix event at Malaysia's Sepang circuit:
1. Adam Carroll (Ireland) 05:52.205
2. Filipe Albuquerque (Portugal) 06:08.201
3. Marco Andretti (USA) 06:39.842
4. John Martin (Australia) 06:43.884
5. Adrian Zaugg (South Africa) 06:44.311
6. Earl Bamber (New Zealand) 06:46.559
7. Felipe Guimaraes (Brazil) 06:49.574
8. Jeroen Bleekemolen (Netherlands) 06:49.695
9. Ho Pin Tung (China) 06:51.363
10. Fairuz Fauzy (Malaysia) 06:56.093

Country Points standings:

1. Ireland 43
2. Portugal 35
3. France 31
4. New Zealand 31
5. Malaysia 29
6. Switzerland 28
7. Netherlands 26
8. Australia 22
9. Great Britain 16
10. USA 16

Click here for pic from resakse de snipper lens

Salam
73 de 9w2gtr


Continue Reading...

Tuesday, November 25, 2008

Konvoi Pantai Timur 2008 - Final Part

Wahh aku pun tak sangka leh post review yang panjang macam nie, mungkin disebabkan lama di"MC"kan dari club activity. Pada yang membaca mukadimah jer atau sampai habis ...terima kasih byk. Yang bosan membaca pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog corat coret aku ini. So today let me continue Day 3 or Final Day of these event review.

Day 3: Kota Bharu - Ku
ala Terengganu - Kemaman - Kuantan/Kuala Lumpur

PCB Kota Bharu 17Nov08, 0900 pagi, Disebabkan keletihan "Shopping jiwa" semalam, kebanyakan
members agak lewat bangun dan breakfest. Actually aku pun sama gak..lewat tapi disebabkan aku "solo" tak banyak perlu dikemaskan..bangun, mandi, pek baju terus turun check out & breakfest. Bagi yang bersama family banyak yg perlu diurusankan dan aku paham sgtlah condition mereka ini.

1030 pagi, Suasana dilobby makin meriah dgn ramai member & family telah bersedia utk perjalanan hari ke -3 convoy ini. Selesai semua member breakfest & check out, kami berkumpul utk group photo bersama member convoy...perghhh masa ini longgokkan camera bagaikan lambakan bawang dipasar malam. Beberapa shoot menarik dirakamkan sebagai kenangan & record utk member & club. Selepas itu diadakan taklimat perjalanan & safety breifing. Pagi ini seorang new members dari northern tidak mengikuti convoy kami dan terus balik ke utara.

1100 pagi, Convoy bergerak menuju kedestinasi pertama hari ini ke kuala terengganu. Perjalanan mengikuti jalan persisiran pantai dgn pemandangan yg indah & damai sekali. Kali ini aku mengambil peluang untuk marshal & convoy members mempelajari "high speed convoy" setelah yakin mereka semua telah memahami convoy "rules do & don't". Walaupun agak mencabar bagi marshal utk memastikan laluan convoy kami selamat dgn kelajuan 130-140km/j,kesefahaman & kerjasama dari marshal & convoy member amat baik sekali.Terima kasih juga kepada semua "boggy" yang memberi laluan & kerjasama yang baik sekali.

Kuala Terengganu 0200 petang, Alhamdullilah convoy selamat sampai dgn selamat & bergaya memasuki bandar kuala terengganu. Disebabkan hari ini hari berkerja, jkeadaan traffic agak sibuk dan mungkin juga terpegun melihat convoy kami. Kami tiba dikawasan parking berhampiran dgn bukit puteri, restoran terapung & pasar payang. Eastern reps memperuntukan 2 jam juga utk members mempertingkatkan pula ekonomi peniaga2 negeri terengganu. Maka bermulalah member membawa haluan masing2 dgn langkah yang tersendiri...yang lapar mencari makanan, yang masih ada untung saham tak abis2 meneruskan perjuangan..yang keabisan modal pula nun menyorok dibangku2 taman...hehehe.

0430 petang, Members berkumpul semula diparking utk taklimat perjalanan seterusnya & salam bersurai dgn convoy member dari northern & central...termasuklah aku. Terasa 3 hari bersama convoy members sungguh cepat berlalu. Aku berterima kasih kepada semua marshal & member yang memberikan kepercayaan kpd aku sebagai "Control" sesungguhnya tugasan utk mengetuai semua marshal & convoy members bukannya tugasan yg mudah jika tiada kesefahaman & kerjasama dari semua pihak. Dan aku personally lebih selesa jika mengikut convoy sebagai members dari menjadi marshal. Apa pun harapan & amanah aku cuba laksanakan dgn kemampuan yang ada, jika ada sebarang kesilapan aku mohon kemaafan.

0500 petang, Eastern reps mengetuai convoy balik kekuantan. Kami yang lain meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Jerangau - Jabor utk ke kuala lumpur.Terdapat 3 kereta sahaja dlm perjalanan ini dan kali ini aku menjadi co-pilot utk vernoz disamping kereta Oga/Bojeng & ZulBesi/Lan. Kami berhenti membeli buah tangan seperti keropok lekor di losong sebelum meneruskan perjalanan balik. Perjalanan kami diketuai oleh kereta oga disamping bojeng & lan bertindak sebagai "DJ" convoy yang menceriakan perjalanan. Kami singgah utk supper digenting sempah sebelum bersurai balik kerumah masing2.

Puncak Alam 0100 pagi, Home sweet home...alhamdullilah aku telah selamat sampai. Eastern reps & last car memaklumkan bahawa mereka juga telah selamat sampai di kuantan dlm jam 1130mlm. Syukur alhamdullilah seperti yang didoakan bersama convoy kami "zero accident" dan semua selamat sampai kerumah masing2. Terima kasih sekali lagi kepada semua termasuk merogigian yang tlg fetch aku di LDP.

Kenangan convoy pantai timur aku ini akan menjadi penutup diari event club 2008. Go Eastern Go V-Sixers.

Click here for convoy pictures


Once V-Sixers Always V-Sixers
73 De 9W2GTR - Faizal (1012)
Member 2003 - Present
Secretary 2006 - 2007
President 2007 - 2008


Continue Reading...

Monday, November 24, 2008

Konvoi Pantai Timur 2008 - Part II

Day 2 : PCB - Rantau Panjang - Pengkalan Kubur

PCB Kota Bharu 16 Nov 08 0800 pagi, Awal2 pagi aku dah bangun, ikutkan penat semalam dan mood hari aha
d kebiasaanya aku akan bangun lewatlah. Aku turun dari bilik dah nampak diparking member2 yang rajin membelek2 kereta masing2. Ada yang sekadar mengelap kereta yang diselimuti oleh embun pagi dan ada yang rajin siap membasuh kereta tu. Aku tersenyum memerhati aksi member2 nie sambil terus menuju ke cafe utk breakfest.

0900 pagi, Sebelum memulakan perjalanan reps easterns memaklumkan bahawa ada perubahan dlm tempat2 yang akan dilawati hari ini. Members tiada sebarang bantahan dan amat bersetuju dgn perubahan tersebut. Taklimat ringkas perjalanan, marshal & members safety breifing aku berikan berdasarkan "post-mortem" convoy smlm. Hari ini aku harap members dapat mengekalkan & meningkatkan displin pemanduan seperti smlm.

0930 pagi,Convoy hari ini bergerak menuju kedes
tinasi pertama kami iaitu ke Rantau Panjang. Oh yea lupa aku nak beritahu, hari ini aku tidak resah lagi dengan perubahan tempat2 yang akan dilawati kerana bersama aku dlm kereta "Control" ialah Otai KB (Sorry bro lupa nama lak..) yang ambil cuti utk mengalami pengalaman convoy bersama V-Sixers.Tq bro!. So ringan sikitlah tugasan aku sebagai "Control". Dari PCB kami melalui Bandar Kota Bharu dimana kecekapan marshal mengawal convoy diuji. Alhamdullilah nampaknya semua marshal & members dapat mendengar arahan dgn baik sekali.


Rantau Panjang 11oo pagi, Convoy selamat sampai sambil mengegarkan pekan rantau panjang dgn deruman enjin2 Turbo convoy member. Kami berhenti utk 2 jam disini, tetapi kaum2 ibu seperti tidak sempat2 utk convoy berhenti..kalau blh nak order "drive thru" jer dari dlm kereta. Bagi member yang bersama family meneruskan "shopping jiwa" bersama keluarga masing2. Yang bujang pun tak kurang hebatnya, bergerak dlm kumpulan2 kecil sampai "shopping". Masa ini lah nak tahu members bujang2 mcm aku nie pandai ketidak membeli brg2 utk isteri & anak2. Aku beli gak sedikit souvenir utk family, walaupun ada yang ketawakan & kutuk itu ini bila aku dgn selamberger taya mek2 kedai tu saiz baju utk bdk 5-6 tahun. Aku memang kureng betul knowledge bab shopping nie...serahkan pada yang pakar jer...iaitu xyl aku ler.

0100 Tengahari, Semua members berkumpul semula utk convoy ke destinasi kedua hari ini. Ketika ini aku lihat muka kaum hawa & anak2 berseri2 jer sambil masing2 mendondong hasil shopping disini. Kaum bapa pula aku lihat muka dah "senyum berkarat" dan audio reply kepada team2 leader makin garau mcm tercekik ketupat jer...hehehe.


0130 Tengahari, Convoy bergerak ke destinasi ke-2 hari ini iaitu Pengkalan Kubur. Maka makin resahlah kaum2 bapa melihat kecerian dari kaum2 hawa masing2. Perjalanan convoy mengambil masa 45minit dan tiada sebarang masalah yang dialami oleh convoy members selain sedikit kerosakan pada motor fan kereta Abg Bahar (ERV) yang menyebabkan dia buat rawatan"by-pass" jer wiring tu...kereta sendiri dah tu sendiri foremen lak...sendiri repair lah.

Pengkalan Kubur 0215 petang, Setelah selesai memastikan semua convoy member dapat parking kereta masing2 dgn selamat. Sekali lagi 2 jam masa diberikan utk convoy members mempertingkatkan ekonomi peniaga2 disini. Nampaknya kaum2 hawa terus bert
enaga dan sekali sekala meninggalkan kaum2 bapa yang berenjin turbo dibelakang..hehehe. Aku pun tumpang gak shopping membeli beberapa brg2 walaupun tanpa xyl's. Kelihatan member yg bujang seperti Oga, Bojeng & Lan sibuk merakamkan aksi2 members yang "shopping jiwa" nie. Diorg nie shoot macam paparazzi beb...!!

0430 petang, Convoy berkumpul semula sambil muka2 kaum bapa makin "mencuka" disebalik keriangan & senyuman kaum2 hawa. Convoy yang sepatutnya menuju ke destinasi ke-3 di batalkan disebabkan faktor kaunter index keuntungan saham kaum bapa makin merudum jatuh 30 mata. Manakala index bursa saham textile & pin
ggan mangkuk meningkat mendadak dipengaruhi pembelian2 disaat2 akhir oleh kaum hawa.hahaha

0600 petang, Convoy sampai semula ke PCB dgn selamat. Aktiviti bersantai oleh members pun bermula. Sambil kaum2 bapa naik berehat dibilik masing2 sambil mengira jumlah kerugian semasa, kaum hawa & anak meraikan hasil tangkapan sambil mandi-manda di di kolam renang. Aku bersama members yang bujang keluar utk minum petang sambil bersantai menghirup angin bayu laut china selatan.

0800 malam, Semua hidangan enak2 telah siap sedia utk dinikmati oleh convoy member dan malam ini disediakan karaoke set sebagai hiburan semua. Dikesempatan ini kaum bapa mengambil peluang melepaskan rintihan hati masing2 melalui nyanyian mereka, akan tetapi kaum2 hawa buat dek jer...hehehe. Selesai dinner 1 event ad-hoc direncanakan oleh members...aku tak pasti siapa. Tetapi yang aku pasti ianya diungguli oleh kaum hawa...

Kota Bharu 1000 malam, Convoy ke Wakaf Che Yeh utk shopping malam ala2 Uptown kalau diKL nie. Pada aku diorang nie semua memang hebat2 betul dan penuh bersemangat sekali utk mempertingkatkan lagi ekonomi negara. Aku betul2 dah pancit mlm nie...tak sanggup dah aku nak berjalan menyusuri semua bazaar.

0100 pagi, Sekembali ke PCB aku terus menuju kebilik & lena. Ketika ini ada lagi yang bertenaga mengajak member lepak2 UTT tepi pantai...arrrr aku memang kepenatan amat perlu rehat yg cukup atau esok ada yang sanggup ganti tugasan aku.

So Day 3 aku sambung lagi nanti....banyak aku nak share experience day 2 - 3 nie tapi jemariku dah surrender.

Click here for convoy pictures


Continue Reading...

Friday, November 21, 2008

Konvoi Pantai Timur 2008 - Part I

Sebenarnya aku tahu pasal event nie pun dari member central yang invite aku tumpang keta mereka. Itupun confirmation pergi 3 hari sebelum event...bukan tak nak beritahu tapi tak nak sesiapa termasuk aku mengharap…maklumlah aku nyer transporter kan grounded. Ada seorang reps eastern tu “meracun” aku utk join event nie tak ingat ..!! tapi bukan sebab kena “racun” aku join. Tapi sebab members yang invite tu ikhlas & janji aku akan jadi convoy member jer dan bukan as convoy marshal.

So setelah agak lama juga aku "MC" dari join event2 motorsport v-sixers nie. Minggu lepas aku berpeluang mengikuti convoy yang dianjurkan oleh Eastern Chapter. Convoy nie sempoi & kamikaze styles sebab takde recce beb!. Walaupun agak short notice, alhamdullilah tepat pada tarikh yang telah ditetapkan sebanyak 27 kereta members berjaya dikumpulkan. Pada aku kire ok sangatlah tu support yang members berikan… especially time2 ekonomi sedang “membengkak” nie.

Kebiasaan bile outstation, aku akan dinner dengan officemate disana, tetapi pada kali ini aku pilih utk keluar UTT bersama eastern members. Agenda UTT diorang kali nie sememangnya banyak pasal convoy route, schedules & marshal structure ect. Sementara reps & sub comm. eastern busy memastikan segala hal2 event nie berjalan lancer, aku hanya makan & sembang2 jer ngan gawo (9w2zbz), azmi (9w2mom)….hmmm ada callsign tapi nak tekan PTT hampehhhh. Al-maklumlah sekarang dah jadi warga emas balok !!!

Aku berpeluang merasakan kehangatan saat-saat akhir member eastern setting keta masing2, seperti pasang decals (customs lagi tu..perghhh), wiring utk comm. set, tarik cable mobile antenna, ada yg pasang spoiler baru, repair & service keta, dan mcm2 lagi lah. Semuanya nak kereta cantik & tip top condition sebelum convoy. Aku teruja dgn aura member eastern nie..tapi jauh dlm hati nie rase sedih pun ade gak…..mengenangkan “Tragedy 200808”.

Day 1 : Kuantan – Kemaman – Kuala Terengganu - Kota Bharu.

Kuantan 15 Nov 08 0630 Pagi, Convoy members & family telah berkumpul & final touch up kereta mereka dengan memasang bendera convoy, car numbering dan sponsor stickers. Hebat sekali kereta diorang nie..penuh ngan sticker. Setelah semua berkumpul reps eastern memulakan convoy route & safety briefing dan aku telah diminta membantu sebagai Control. Mulanya aku menolak tugasan nie…bukan senang jadi Control untuk lead 8 marshal/working car nie..tetapi bile aku fikirkan harapan reps eastern & member yang kebanyakan masih baru. Aku terima tugasan berat ini atas dasar “friendship”…patutnya comm.lah yang kasi support.

0800 Pagi, Konvoy bergerak keluar dari RV Point dari Dataran (Hadapan Hosp. Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ke Kemaman. Cabaran awal menyusuri keluar dari Bandar Kuantan dapat diatasi oleh marshal & convoy members. Convoy kehilangan 2 kereta sebab Nizan PDF keta wiring tak siap & ajis tak muncul2. Aku pula resah juga memikirkan route convoy ke kota bharu nie. Kalau setakat ke kuala terengganu, aku dah boleh predict cabarannya. Ini juga merupakan cabaran bagi aku membawa convoy yang 98% members membawa isteri & anak2..ada dekat 100 orang dlm convoy. Kereta convoy members pulak 98% Turbo, tinggal kereta Control & ERV jer NA...!!

0900 Pagi, Kami selamat sampai di Bandar Kemaman & berhenti breakfest di SPS Auto Kemaman. Thank you very much for your warm welcome & sponsored our member breakfast. So pada member eastern jangan lupa kasi support SPS tu!. Aku juga sempat berjumpa zuri (9w2fqr) sam (swl) orang2 hebat dikemaman.

1000 Pagi, Setelah breakfast & group photo bersama SPS Auto, kami bergerak keluar dari kemaman ke kuala terengganu sambil marshal mulai “panas” memastikan laluan convoy selamat & lancar. Nampaknya semua marshal cepat dapat menyesuaikan diri mereka, termasuklah sweeper yang asalnya nak join sebagai convoy member jer macam aku…akhirnya berpeluh turun naik escort convoy.

Terengganu 1230 Tghari, Convoy sampai di Kuala Terengganu. Kami berehat & makan tengahari di medan selera Pantai Batu Buruk. Setakat ini sudah ½ perjalanan kami dapat lalui dengan selamat…alhamdullilah. Dlm pada itu, Nizan PDF yang kereta baru siap repair & wiring dapat juga akhirnya ikut convoy kali ini…actually dia nie setiap kali nak convoy keta pasti “demam” hehehe. Seorang lagi Ajis yang patah jari kawan2 telepon pagi tadi..tiba2 muncul tersenyum2 minta maaf sebab tertido…hampehh tul ko nie bro.

0200 Petang, Sekali lagi convoy routes & safety briefing diberikan kepada marshal & convoy members. Perjalanan kami ke Kota Bharu dijangkakan akan lebih mencabar lagi & keutamaan ialah safe convoy untuk member & family. Dan convoy meninggalkan Pantai Batu Buruk dan Bandar Kuala Terengganu dengan gaya convoy V-Sixers yang tersendiri tanpa mengharapkan sebarang bantuan escort dari mana-mana pihak.

0330 Petang, Convoy berhenti seketika utk isi minyak di sebuah station dlm perjalankan ke Jertih. Kesempatan digunakan oleh convoy member utk melepaskan “tekanan” & “hajat” masing2 termasuklah aku. Selepas 30min kami meneruskan convoy dengan beberapa aksi dari sweeper utk camera & video shooting. Secara purata kelajuan convoy adalah 80 km/j dan dijangkakan sampai mengikut jadual di Resort Pantai Cahaya Bulan (PCB). Convoy melintasi beberapa kawasan kampung kecil, jalan yang agak rosak & beberapa lencongan2 menjadikan ianya lebih menarik & mencabar bagi marshal & convoy member.

Kota Bharu 0530 Petang, Convoy tiba lewat 30min dari jadual asal, walaubagaimanpun kami sampai di PCB dengan selamat & disambut dengan senyuman oleh member dari northern chapter yang juga telah sampai 30min awal dari kami. Setelah semua selesai check-in, aku, amei, nizan pdf & rakan dia (kire otai kota bharu nie beb) memutuskan utk recce jalan & keluasan parking di beberapa tempat2 menarik yang akan convoy singgah esok. Kami meninggalkan resort utk ke Muzium Perang, Pasar Siti Khadijah & Tempat2 Batik disekitar Bandar Kota Bharu.

0730 Malam, Kembali ke hotel dan berehat seketika melepaskan penat sambil meluruskan pinggang yg rasa macam nak patah. Penat?...mungkin disebabkan faktor usia yang makin dewasa nie ditambah selepas "tragedy 200808". Kalau dapat tempat utk urut2 badan nie sure best nie. Korang jgn fikir lain lak...muahahaha

0800 Malam, Dinner pun bermula dengan menunya yang lazat tapi sempoi...ade ikan bakar, ayam & jagung panggang macam2lah. Kelazatan dinner menyebabkan makanan semuanya habis sehinggakan beberapa members yang lewat turun terpaksa menunggu hidangan lain...nak kata penat..aku lagi penat...nak kata family..semuanya bujang..so aku summary kan diorang nie slow! jgn marah bohhh...

1000 Malam, Selesai Dinner beberapa member berkumpul untuk keluar TT lak...menarik gak nie leh sembang2..lagi pun masih awal. Aku menumpang lak keta geng northern yang telah merapu tersesat berpusing2 15min dibandar. Akhirnya kami sampai juga, namun lagi beberapa langkah utk sampai ke tempat TT tersebut, aku pantas balik bile terdengar mcm orang beri syarahan..ingat kan kempen politik..rupa2nya ade orang yang nak jadi "robin hood" dizaman ini. Aku balik terus bersama 5 orang dlm keta member northern. Dlm perjalanan ke resort kami singgah & pekena sup..hmmmm power beb!

0100 Pagi, Kami sampai ke resort dan berehat sambil busy upload & download gambar2 kedalam notebook masing2. Akhirnya lena diulit mimpi..zzzzzz

Cerita Day 2 & 3 tunggu aku free.... Part II

Click link for convoy pictures


Continue Reading...

Monday, November 10, 2008

Servicing Repeater - Romeo Bravo Charlie

Hari ini aku free sikit...itu pun pagi tadi inter-dept meeting..cool je. So as bonus pada kwn2 yang selalu visit blog ini (terima kasih byk2) aku compose 2nd post ..masih dihari sabtu tetapi kali ini mengenai aktiviti hobi amatuer radio pulak.

Selepas cabut dari majlis puteri2ku, aku bergegas kerumah Shahrul (9w2eee) aka bdk jahat, superman, triples-E..(errr byk gak lah gelaran dia nie). Dia pun dah siap dgn barang2 keperluan utk service repeater depan pintu rumah dan aku pun terus angkut masuk bonet. Mulanya ingat aku jadi transporter tapi tak sampai 5min Man (9w2bmx) pun sampai dgn transporter dia..lagi besar.. lagi lebar, so aku & superman pindahkan brg2 masuk dlm transporter bmx siap jolok 2 btg pole lagi...hehehe.

Setelah singgah beli guy wire, isi minyak & tapau titbit kami terus kepuncak genting. Aku yang belum breakfest terus makan nasi campur tanpa kira apa yg eee & bmx sembang kt depan. lantaklah aku lapor...hehehe. Aku ada tayakan eee bepa org lain follow..dia ckp adalah dlm 8-10 stations...hmmm dlm hati aku alhamdullilah still ada yang sudi gotong royong hal2 mcm nie. Bab yg suka cakap & complaint tu...tak yah cakaplah.

Sampai dipuncak kami terus berjumpa dgn rosli (9w2abc), lan (9w2gmy) jek (9w2jek) & muklis aka nippon (9w2npn) awal diorg dah sampi...aku ingat diorg pun join...tapi diorg ade project lain & terus cabut setelah pindah brg2 dari transporter gmy. Setelah itu kami pun terus settlekan hal2 document utk access ke roof top..dgn kerjasama yg jitu dari Izkandar (9w2jiz) & Azman - OSH Genting & Bomba...TQ. Kami pun terus ke welfare office utk dptkan kunci...tetapi office gelap...adusss diorg dh blk ke?atau 1/2day keja nie...rupa2nya diorg dah cabut lunch...hmmm 1215pm dah hilang...hehehe

Sementara itu kami pergi cafe lepak lunch & tapau nasi lemak...aku tumpangkan 3 gelas air panas kat kaunter...huhuhu. Hampir kami selesai lunch 2nd teams pun sampai & menunggu kami di lobby..dari cafe kami kembali semangat bile nampak rakan2..ada pak madi (9w2mdy), Cikgu Lan (9m2agc), zambri (9w2lkb), Fadzli (9w2bdz) & pak hasnan (9w2hsm). Setelah dapat access naik, maka brg2 keperluan diangkut naik dgn hati2 & senyap..tempat org beb...kena jaga image..brg berat2 pun senyum jer...aku angkut yg ringan2 je...hehehe.

Tanpa melengahkan masa kerja2 menambahbaikkan repeater dijalankan, bermula dari mengubah lokasi TX antenna, pasang pole utk TX antenna, soldering, tuned cavity, check swr antenna, tukar diapole RX, pasang lightning arrestor, tukar guy wire dan macam2 lagi. Dengan dugaan hujan seketika..kami break makan & main echolink..lepas tu sambung kerja hingga tanpa disedari sudah pukul 10pm..huh...beku dah otak kami di atas tu...cabaran sejuk bukan lagi halangan..tetapi masa. Kalau bos maxis, celcom atau digi tgk sure diorg ambil kami kerja punye lah.

Dalam kecerian & kebekuan selesai menaikkan antenna RX..bacaan swr amat mengejutkan kami..adusssssss. Setelah dikenalpasti bahawa antenna RX penyebabnya..kami buntu seketika. Alhamdullilah teringat JIZ ada QSO di portable station dia..kami decide "pinjam" sementara antenna JIZ sebagai TX antenna. Selesai menganti antenna, tuned cavity & audio check lebih kurang..kami terpaksa turun disebabkan kehabisan masa..jika nanti pak guard naik complaint.. takut kemudian hari payah nak dapat access naik.

Kami beredar & turun dari puncak dgn sedikit "terkilan" disebabkan audio yang kurang memuaskan, sambil mengharapkan coverage dapat dipertingkatkan. Kepada kwn2 harap dapat bersabar & terus support repeater ini. Setinggi-tinggi Terima kasih kepada rakan2 yang telah naik untuk tugasan ini. Kepada yang membantu memberikan audio report juga terima kasih byk2 diatas support. Pada aku kerja2 ne fardu kifayah...org lain buat kita tak payah..tapi jika tahu complaint je payah lah..hehehe

Click here for more pictures..


Sekian
73 De 9w2gtr


Continue Reading...

Puteriku Menari

Sabtu yang lepas seawal 6am aku kejutkan puteri2ku untuk bangun bersiap ke tadika (itu pun selepas 10 miss call dari xyl's) untuk hari penyampaian hadiah..sambil mandikan puteri2ku, aku tayakan mereka.."kakak nanti dapat hadiah tak? pantas faqihah menjawabnya...ada..ada 2, lalu disambung pulak oleh faiqhain..cikgu cakap seorang dapat 2 hadiah..DD". Aku diamkan sahaja jawapan mereka.

Setelah siap aku bergegas ke tadika...pagi nie aku hantar dgn berjalan kaki jer (selalu naik kereta terus cabut pergi kerja)..sebenarnya tadika tu belakang blok umah je..sambil puteri2ku menbawa persalinan pakaian sekolah & tarian mereka. ketika itu aku terfikir pulak kenapa puteri2ku ini bawa pakaian tarian mereka..lalu aku tayakan..dgn selamberger faiqhain jwb.. "nak menarilah DD"(aku senyum dgn blurrr). Ketika sampai ditadika aku tenguk sudah ramai rakan2 puteri2ku dah sampai...hmmm jam 645am ne..rajin tul cikgu2 & budak2 nie.

Aku bergegas balik sebab faiz tido seorang kat umah..kalau dia terjaga aku takde alamat mahu riuh nanti. Sampai dirumah alhamdullilah faiz masih len
a diulit mimpi2 indah dgn wajah tenang sekali dikatil. Aku pun ambil kesempatan on Echolink...hehehe.

Ok back to topic..setelah aku, lin (yg baru blk keje shift mlm) & faiz
siap kami terus ke tadika..sampai2 jer pengerusi dah selesai ucapan diikuti ucapan ringkas dari wakil pengarah kemas. Untuk info, ini merupakan kali ke-2 aku/DD saksikan persembahan puteri2ku (kakak & ain)..1st di Anggerik Mall S.Alam dimana mereka selaku Johan Tarian Peringkat Daerah Kuala Selangor, bertanding di Peringkat Negeri Selangor dan mendapat tempat ke-3 bagi tarian tradisional tersebut.

Untuk video klik link dibwh:
Part 1
Part 2

atau di sidebar GTR's Video.

Inilah yang aku nak kongsikan bersama dan menjadi kenangan buat puteri2ku. Battery VideoCam tak charge so aku pakai Digital Camera jer...huhu lenguh gak lah. Selesai aku saksikan persembahan puteri2ku dan majlis penyampaian hadiah mereka aku terus blk untuk ke genting, sementara Lin & Faiz tunggu hingga selesai majlis.

Sekian
73 De 9w2gtr




Continue Reading...

Monday, November 03, 2008

Terima Kasih


Foto-foto majlis rumah terbuka klik link dibawah..

Foto Gallery Majlis

(Siapa ada foto2 lagi boleh kat email aku...especially foto2 sebelah malam...!! tq)

Atau view Slideshow kat sebelah kanan...

Untuk review baca blog JEN di ..

Al- Kisah : Special Review by 9w2jen
(Aku suka baca review dia beb... kalau harapkan aku esok subuh pun belum tentu ;) )



Terima kasih semua rakan2 yang hadir. Maaf jika ade sebarang kekurangan kami. Pada yang tidak berkesempatan insyakallah kita akan berjumpa disuatu masa. Jumpa & jumpa lagi.

73 De 9W2GTR


Continue Reading...